7. Geometri Koordinat
7.1 Pembahagi Tembereng Garis 7.1.1 Membuatperkaitanantarakedudukantitik yang membahagikan sesuatu tembereng garis dengan nisbah yang berkaitan. 7.1.2 Menerbitkanrumuspembahagitembereng garis pada satah Cartes dan seterusnya menggunakan rumus tersebut dalam pelbagai situasi. 7.1.3 Menyelesaikan masalah yang melibatkan pembahagi tembereng garis. 7.2 Garis Lurus Selari dan Garis Lurus Serenjang 7.2.1 Membuat dan mengesahkan konjektur tentang kecerunan bagi: (i) garis lurus selari, (ii) garis lurus serenjang dan seterusnya membuat generalisasi. 7.2.2 Menyelesaikan masalah yang melibatkan persamaan garis lurus selari dan persamaan garis lurus serenjang. 7.3 Luas Poligon 7.3.1 Menerbitkan rumus luas segi tiga apabila koordinat setiap bucu diketahui. 7.3.2 Menentukan luas segi tiga dengan menggunakan rumus. 7.3.3 Menentukan luas sisi empat dengan menggunakan rumus. 7.3.4 Membuat generalisasi tentang rumus luas poligon apabila koordinat setiap bucu diketahui dan seterusnya menggunakan rumus tersebut untuk menentukan luas poligon. 7.3.5 Menyelesaikan masalah yang melibatkan luas poligon. 7.4 Persamaan Lokus 7.4.1 Mewakilkan secara grafik, lokus yang memenuhi syarat: (i) jarak titik yang bergerak dari suatu titik tetap adalah malar, (ii) nisbah jarak titik yang bergerak dari dua titik tetap adalah malar, dan seterusnya menentukan persamaan lokus tersebut. 7.4.2 Menyelesaikan masalah yang melibatkan persamaan lokus. |
|