5.0 KEKONGRUENAN, PEMBESARAN DAN GABUNGAN TRANSFORMASI
5.1 Kekongruenan
Murid boleh: 5.1.1 Membezakan antara bentuk kongruen dan bukan kongruen berdasarkan sisi dan sudut. 5.1.2 Membuat dan menentusahkan konjektur terhadap kekongruenan segi tiga berdasarkan sisi dan sudut. 5.1.3 Menyelesaikan masalah yang melibatkan kekongruenan. 5.2 Pembesaran Murid boleh: 5.2.1 Menjelaskan maksud keserupaan objek geometri. 5.2.2 Membuat perkaitan antara keserupaan dengan pembesaran dan seterusnya memerihalkan pembesaran menggunakan pelbagai perwakilan. 5.2.3 Menentukan imej dan objek bagi suatu pembesaran. 5.2.4 Membuat dan mengesahkan konjektur tentang hubungan antara luas imej dan luas objek bagi suatu pembesaran. 5.2.5 Menyelesaikan masalah yang melibatkan pembesaran. 5.3 Gabungan Transformasi Murid boleh: 5.3.1 Menentukan imej dan objek bagi suatu gabungan transformasi. 5.3.2 Membuat dan menentusahkan konjektur tentang sifat kalis tukar tertib terhadap gabungan transformasi. 5.3.3 Memerihalkan gabungan transformasi. 5.3.4 Menyelesaikan masalah yang melibatkan gabungan transformasi. Pemerihalan suatu transformasi tunggal yang setara dengan gabungan transformasi perlu dilibatkan. 5.4 Teselasi Murid boleh: 5.4.1 Menjelaskan maksud teselasi. 5.4.2 Mereka bentuk teselasi yang melibatkan transformasi isometri. |