5. BULATAN
5.1 Sifat Bulatan
5.1.1 Mengenal bahagian bulatan dan menerangkan sifat bulatan. 5.1.2 Membina suatu bulatan dan bahagian bulatan berdasarkan syarat yang diberi. 5.2 Sifat Simetri Perentas 5.2.1 Menentusahkan dan menerangkan bahawa (i) diameter ialah paksi simetri bulatan; (ii) jejari yang berserenjang dengan perentas membahagi dua sama perentas itu dan sebaliknya; (iii) pembahagi dua sama serenjang dua perentas bertemu di pusat bulatan; (iv) perentas yang sama panjang menghasilkan lengkok yang sama panjang; dan (v) perentas yang sama panjang adalah sama jarak dari pusat bulatan dan sebaliknya. 5.2.2 Menentukan pusat dan panjang jejari bagi suatu bulatan melalui pembinaan geometri. 5.2.3 Menyelesaikan masalah yang melibatkan sifat simetri perentas. 5.3 Lilitan dan Luas Bulatan 5.3.1 Menentukan hubungan antara lilitan dan diameter bulatan, dan seterusnya mentakrifkan dan menerbitkan rumus lilitan bulatan. 5.3.2 Menerbitkan rumus luas bulatan. 5.3.3 Menentukan lilitan, luas bulatan, panjang lengkok, luas sektor dan ukuran lain yang berkaitan. 5.3.4 Menyelesaikan masalah yang melibatkan bulatan. |
|