2. PEMFAKTORAN DAN PECAHAN ALGEBRA
2.1 Kembangan
2.1.1 Menerangkan maksud kembangan dua ungkapan algebra. 2.1.2 Melaksanakan kembangan dua ungkapan algebra. 2.1.3 Mempermudahkan ungkapan algebra yang melibatkan gabungan operasi termasuk kembangan. 2.1.4 Menyelesaikan masalah yang melibatkan kembangan dua ungkapan algebra. 2.2 Pemfaktoran 2.2.1 Menghubungkaitkan pendaraban ungkapan algebra dengan konsep faktor dan pemfaktoran, dan seterusnya menyenaraikan faktor bagi hasil darab ungkapan algebra tersebut. 2.2.2 Memfaktorkan ungkapan algebra dengan pelbagai kaedah. 2.2.3 Menyelesaikan masalah yang melibatkan pemfaktoran. 2.3 Ungkapan Algebra dan Hukum Operasi Asas Aritmetik 2.3.1 Melaksanakan penambahan dan penolakan ungkapan algebra yang melibatkan kembangan dan pemfaktoran. 2.3.2 Melaksanakan pendaraban dan pembahagian ungkapan algebra yang melibatkan kembangan dan pemfaktoran. 2.3.3 Melaksanakan gabungan operasi ungkapan algebra yang melibatkan kembangan dan pemfaktoran. |
|